Rumah oo Rumah

Orang kata rumah beli biar berbaloi sebab itu harta dan aset lagipun kita nak duduk lama kat situ, sebab tu aku berfikir panjang masa nak beli rumah. Lepas dah beli baru terfikir ongkos untuk ubahsuai rumah… aduhai… banyaknya belanja kena keluarkan…. mula-mula aku ingat nak buat siling kapur je… pastuh orang rumah mintak buat kabinet dapur ngan tambah ruang tamu… bila dah tambah ruang tamu, kena la tambah pintu satu lagi, kemudian budget untuk lampu ngan kipas… itu belum masuk idea nak pasang aircond dalam bilik… dah tu nak buat grill pintu ngan tingkap plak… semua nih je dah abis dekat 18 ribu… belum masuk perabut ngan aksessori macam langsir dan sebagainya….

kalau ikut kepala aku aku buat sesimple mungkin, yang penting dapat masuk rumah baru dulu… mesti seronok… terlalu lama aku pasang impian untuk memiliki rumah sendiri dan kini mungkin masanya…

Mual…

Aku dah naik mual dengan berita politik yang semakin ligat di kaca tv sekarang ni, dan menambahkan lagi meluat sekarang nih sibuk dengan isu penggunaan nama ALLAH dalam Kristian… yang aku pelik tu, dah terang dan nyata perkara seperti ini telah menyinggung sensitiviti agama Islam dan seharusnya keputusan yang lebih keISLAMan diambil bukannya bertindak seperti mengikut telunjuk kafir laknat…. ini negara kita, kata Islam agama rasmi kenapa perlu gusar dengan keputusan drastik melarang penggunaan nama Allah dalam aktiviti kristian. Entahla… sampai bila aku tahan tak tengok berita agaknya…. asal pukul 8 je, aku tukar sekejap ke saluran berita sekadar utk mengikuti berita kemalangan, rompakan, kebakaran, pembunuhan….. bila dah mula ke politik aku tukar ke channel lain….

Peliknya Hari Ni..

Ntah kenapa aku rasa hari ni macam ader yang tak kena je, semua kerja yang aku buat walaupun siap dan sempurna masih ada benda yang aku rasa tak selesai… jenuh aku berfikir dan berfikir dari pagi tadi sampai la ke petang ni… tapi masih tak dapat menguraikan perkara yang mengusutkan kepala hotak aku ni…

Nak dikatakan masalah tempat kerja, hari ni hari Isnin dan sepatutnya semua kerja hari ni adalah tugasan yang baru sebab konsep kerja aku cukup mudah, semua kerja perlu diselesaikan dalam minggu yang sama kecuali perkara tu melibatkan orang ketiga ataupun memerlukan keputusan dan kebenaran dari pegawai atasan. Jadi sepatutnya takde tugasan minggu lepas yang memeningkan kepala ni.. tapi aku masih buntu memikirkan perkara yang menjadikan hati ku tak berapa sedap sepanjang hari ni…

Mungkin aku patut menghubungi emak ngan ayah aku rasanya, sebab dah hampir 2 minggu aku tak dengar khabar dari mereka. Insyallah petang ni lepas balik kerja aku telefon mereka. Rindu sebenarnya tapi masa sangat membataskan aku dari kerap pulang ke kampung. Tapi ye ke pasal itu yang membuatkan aku tak senang duduk seharian?